//Luahan Hati Adli
Motivasi
Saturday, 15 September 2012 | 0 Somequote(s)


Assalamualaikum w.b.t ..

kepada semua pembaca kalau ada ..

hari ni saya nak kongsi la sikit satu "story" yang agak menyentuh saya pada hari ini ..
korang nak dengar tak ?
haaa ..
kalau nak dengar cite dia ..
jom kita layan tulisan banyak2 kat bawah ni ..
:p









Cerita bermula bergini ..
Pada pagi yang sunyi lagi indah ..
Wah ! syahdu gitu ..
bertarikh 15.9.2012 ..
aku pergi ke sekolah ..

untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ..
iaitu program solat hajat dan ceramah motivasi untuk SPM ..
okey ..
pendek kan sikit cita ni ..

Pendaftaran pun dah mula ..

hampir setengah dari Form 5 student parents dorang datang ..
ada juga yang tak hadiri program hari ni ..
semasa pendaftaran ..
jumpa la kawan2 dengan parents dorang ..
and dorang selalu tanya satu soalan yang sebak juga hati ku bila dengar nya ..
"Parents tak mai ka Adli ? "
aku cuma mampu senyum ..
and aku bagitahu yang dorang sibuk dengan kerja ..
selepas pendaftaran ..
kami mulakan program dengan bacaan yasin ..
kemudian di teruskan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat ..



setelah selesai solat sunat ..
kami meneruskan program dengan ceramah motivasi ..
dan ustaz yang bagi ceramah adalah ustaz jemputan yang agak terkenal ..
kalau sebut ustaz abdullah khairi mesti ramai yang pernah dengar ..
tapi kali ni ..
adik dia yang bagi ceramah ..
iaitu ustaz haji Ahmad Farthur Rahman bin Hj Haroon ..
(minta maaf kalau salah ejaan )

bermula nya ceramah dengan gelak tawa dan sindiran dari ustaz tersebut ..
memang kami agak terhibur ..

selepas senyum, gelak tawa dan hiburan ..
sampai lah di penghujung program ..
Ustaz menyuruh pelajar2 duduk bersama keluarga mereka yang hadir pada masa tu ..
kami yang parents tak datang ..
terpaksa duduk sesama kami di bahagian hadapan surau ..
lepas tu ..

ustaz bertanya tentang sesiapa yang kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa nya ..
terdapat beberapa orang yang bapa nya telah meninggal ..
begitu tersentuh bila aku dapat tau yang ada di kalangan sahabat2 aku yang telah hilang ahli keluarga nya yang tersayang ..
ustaz menyentuh tentang pengorbanan dan jasa ibu dan bapa ..
aku cuma mampu menitiskan airmata ..
bagi mereka yang ada keluarga bersama mereka pada hari itu ..
dapat lah mereka berpeluk sesama ahli keluarga mereka ..
bagi kami ..
hanya mampu nangis sesama kami ..
kesedihan di hati kami memang tidak dapat kami tahan ..
alangkah indah nya kalau dapat bersama keluarga ketika itu ..

alangkah tersentuh nya kami pada ketika itu ..
baru lah kami sedar ..

betapa penting sesebuah keluarga itu ..
bapa tidak boleh di ganti ..
ibu juga di boleh di ganti ..
kasih sayang boleh di cari dan di beri ..
tapi tiada kasih sayang sehebat kasih sayang dari ibu dan bapa kandung ..
bagi mereka yang ahli keluarga nya telah pergi ..
mereka di peluk oleh cikgu sekolah itu ..
mereka di peluk oleh ustaz yang memberi ceramah itu ..
alangkah tersentuh nya lagi hati ku ..
pabila melihat mereka menitiskan airmata mereka di bahu cikgu serta ustaz tersebut ..
baru aku faham ..
begitu mendalam nya kasih seorang ayah dan ibu ..




maka itulah cerita yang aku lalui hari ini ..
kepada kawan2 yang telah kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka ..
aku minta maaf kalau aku tidak tahu ..
harapan aku agar kawan2 aku kekal tabah menjalani kehidupan korang ..
semoga roh mereka di cucuri rahmat ..
amin ..

rugi pada siapa yang tak datang hari ni ..

:')






Older Post . Newer Post